Ada cinta…
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta…Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati…
Add comment February 21, 2009
mizamior
Antara cinta dan persahabatan
Andai ku diberi pilihan untuk memilih antara keduanya..akan ku kupilih keduanya, kerana bagiku sama bererti dan bernilai dalam hidupku…
CINTA..
Satu ungkapan yg blm pasti akan indahnya.kerana di sebalik keindahan cinta itu, tersirat seribu kepahitan…ianya pastikan merentap kedamaian jiwa seorang pecinta setia tatkali ikatan diundang kekecewaan namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa yg punya hati dan perasaan…Hakikat yg tersimpan disebalik anugerah ini..tidak terungkai dgn bicara bibir, tidak tergambar dgn lakonan, bergitu shahdunya kurniaan ilahi..lahir dari hati seorang insan, berakal dan beremosi penyanyang dan berperasaan…
PERSAHABATAN
Satu ikatan lahir dari hati keinginan yang ikhlas bg berkongsi tangis, tawa, kasih sayang,serta keakraban..sesunguhn ya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya, tentang impian dan pengertian hidup ini..persahabatan yg murni dan suci ialah sebuah persahabatan disulami dgn benang kejujuran,diwarnai dgn keikhlasan,dicurahi dgn kasih sejati, sekiranya menjadi gunting dalam lipatan , maka robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan,
TEMAN yang budiman…
Mengertilah maksudku ini sesungguhnya, apa yg tersimpul sepanjang perkenalan kita…kita binalah tugu persahabatan yg dipagari besi kedewasaan yg teguh berdiri megah di laman hati kita, tidak tumbang dek rintangan …
Hanya satu pintaku….agar kalian sentiasa mengingati diriku..
Add comment February 21, 2009
mizamior
Adakah kita…
1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
2. Kita bukannya kaya untuk cakap orang lain miskin.
3. Kita bukannya handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome.
4. Kita bukannya cantik untuk cakap orang lain tak lawa
5. Kita bukannya baik untuk cakap orang lain jahat
6. Kita bukannya alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang.
7. Kita bukannya kuat untuk cakap orang lain lemah.
8. Kita bukannya berani untuk cakap orang lain penakut
Tapi….
1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.
2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.
3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.
4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain.
5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.
6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.
7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah.
8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.
Ingatlah!
kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk
ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. Setiap apa yang diciptakan-NYA
memilikii hikmah dan kelebihannya yang tersendiri.
KEMENANGAN DAN KEMEGAHAN BUKAN SAJA TERLETAK PADA KESANGGUPAN
MEREBAH LAWAN TETAPI DAPAT MELAWAN KEMARAHAN HATI ITU JUGA SUATU
KEMENANGAN YANG AMAT BERERTI
Add comment February 21, 2009
mizamior
Di manakah kite..?
Cuba lah Semak Dimana Kita sekarang AGAKNYA’
Umpamanya;
1) Dari bujang — kahwin No 1 — no.2 — No 3 — DLL.
2) Dari pakai kapcai — kancil — Honda— BMW—-nye..
3) Badminton —- Tennis — Golf —-
4) Rumah sewa — rumah murah — teres — bungalow…
5) Supervisor — engineer — manager — GM—
6) Tv 14′ — 21″ — 42″ —- Home theatre…
7) Port dickson — Langkawi — Bangkok — New York..
Mancing parit — kolam bayar— laut dalam (sewa bot mewah)..
Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour
Add comment December 10, 2008
mizamior
20 perkara yangg membuatkan wanita benci lelaki
Continue Reading 1 comment December 16, 2007
mizamior
| Previous Posts |